Tuesday, June 23, 2009

Kisah Marah aku

Tuesday, June 23, 2009
Aku rasa aku hutang satu entry kan dengan korang yang follow twitter aku… gila punya lama baru nak publish entry ni.. hehehhe… sorry la… perasaan marah aku pun dah hilang dah… hehehe…

Ok la cerita ni bermula masa aku balik dari opis satu hari tu.. Masa tu aku masih naik rapid KL lagi. So aku kena naik monorail and berhenti kat kl sentral. Tau-tau jer la bas rapid yg pergi area rumah aku tu sikit punya lama la baru nak muncul. Aku tengok bas rapid pergi tempat lain dah 2,3 kali datang baru bas rapid yang pergi area rumah aku sampai. Paham-paham jerla berapa lama aku kena tunggu kat kl sentral. Aku plak gatal nak pakai high heel masa tu… Padan la muka aku… Aku plak malas nak naik bas rapid U76 sebab jauh plak journey dia.. So kena la tunggu lagi dan lagi… Habis bas rapid tu kena sumpah seranah dengan aku.. hahha.. Nasib la ko…

Setelah menunggu dalam sejam lebih baru la bas rapid tu muncul… orang plak ramai gila... As usual bas tu akan penuh macam tin sardin.. Kena la aku berdiri dengan high heel tu… Sakit dia tak heran la… (aku jarang pakai high heels so x berapa biasa sgt). Dalam bas yang penuh tu wujud la satu pasangan muda-mudi ni dok terngada-ngada... Dah la mamat tu mengambil ruang yang besar hanya nak tatap muka gf dia tu… Oh yer pasangan tu kat sebelah aku jer.. Aku plak tgh bad mood gila2 punya selepas sumpah seranah bas rapid tu… Couple tu plak mengada-ngada… Mula la bertepuk tampar pastu cubit mencubit.. Mamat tu plak cakap tak sakit pun.. pukul la lagi… Pastu sambung la aksi cubit mencubit tu.. Tension aku tengok couple macam ni.. nak mengada-ngada dalam bas yang penuh…. Meh sini aku tolong hempuk ke terajang ke mamat tu… baru tau sakit ke tak.. Mengong… Dah bercubit bertampar, aksi berpelukan plak… Kambing taik kuda tul…

Habis citer pasal couple tu… Kat sebelah aku gak ada satu mamat Negro ni… Aku bukan la racist ker apa tapi mamat Negro tu sengaja jer aku rasa.. macam mana la aku tak benci.. Dalam bas yang berhimpit-himpit tu lagi sengaja dia berhimpit dengan aku… Puas la berganjak sedikit ke tepi tapi dia pun ikut sama… Sampai aku tolak dia la… Mangkuk ayun tu buat bodoh jer… Hampeh… Dah la jalan jam… sangat lama aku terpaksa berhadapan dengan dua situasi tu… Bila dah sampai rumah aku, aku cepat-cepat la nak blah. Sekali mamat Negro tu cakap “You don’t have to rush” sambil senyum-senyum setan dia tu… Aku blah pastu aku tolak dia… Memang celaka habis la mamat tu..

Itu jer la yang nak citer.. nak type panjang-panjang malas sebab aku kat opis ni… ok la kita berjumpa lagi di lain entry di blog yang sama dan penulis yang sama.. hhahahaha….

Monday, June 15, 2009

Maafkan aku.

Monday, June 15, 2009
Lama sungguh tak berupdate blog ni kan... Last update pasal birthday tu pun pendek jer... Bulan 5 pun ada 2 update jer... Sori sangat ye... Bukan aku tak nak update tapi keypad hp ni dah susah sangat dah nak type esp. yang space tu. Segala komen korang pun aku dah tak leh nak reply dah kalau pakai hp. Harap maaf kalau aku lambat reply komen korang ye.. Blog walking pun dah jarang dilakukan dah, semuanya terbatas. Aku merindui tuk memblogging lagi... Hehe... Ada ke ayat tu.


Ok la sedikit update ringkas dari aku :-



1. BIRTHDAY

Aku just nak ucapkan terima kasih kat Pang dgn Nadrah for lunch n dinner yg diorang belanja. Pang thanks gak for the red purse... Chantek bangat warna dia... Mula2 aku ingat nak letak gambar2 masa lunch dgn dinner tu tapi disebabkan aku ni agak skema so malas nak mencuri guna pc opis... Hehehe... Lain kali jerla... Owh ye happy belated birthday to aleen n azman gak (2'2 sama birthday dgn aku). Mana la ko sekarang aleen...



2. KAHWIN

Bulan 6 ni gak 2 orang sepupu aku kahwin. Satu belah mak aku satu lg belah ayah aku. Cepat betul masa berlalu. Macam baru semalam je kita orang main bunga api dan jalan2 semua... Tak sangka dah kahwin dah pun.


Kalau belah ayah aku, aku la paling tua sekali yg belum kahwin. So masa kenduri hari tu ramai la yang menanya bila aku punya kenduri plak. Jawapan aku senang je, "nantila chempaka pg shopping husband kat mana2" Aduhai aku baru je 24 dah nak kena kahwin dah ker. Perangai pun macam budak2 mcm mana nk kawen... Hahaha...



3. KERJA

Aku dah kerja kat tempat baru as an auditor. Kira dah tercapai la impian aku nak kerja jauh dari rumah... Hahaha., mesti korang pelik kan knp aku nak kerja jauh2. Dulu masa praktikal kt subang aku rasa mcm pg main2 jer. Yerla xsampai 20 minit dah sampai opis. Ha skang sejam setengah baru sampai umah... Hahaha.. Tp aku x kisah... Aku suka. Cuma yg aku xsuka tu kerja dia jer. Aku rasa otak aku dah xleh terima dh akaun n audit ni.

Bagi aku akaun ni ibarat cinta pertama aku. Sejak aku mula belajar akaun masa form 2 tu aku dah mula suka. Even masa sek rendah lg aku dah mula mengerti apa itu kos, untung kasar untung bersih. Masa isi borang UPU dulu pun lapan2 pilihan aku, aku letak perakaunan. Aku mcm xleh bygkan aku study course lain. Aku sangat suka dgn akaun masa tu. Tp xtau kenapa bila dah kerja aku jadi bosan dgn akaun. Rasa menyampah pun ada. Tapi bila aku nak apply keje selain dr akaun aku rasa bersalah plak, syg pulak nak tukar haluan hidup aku. Aku x enjoy dgn apa yg aku buat sekarang. Aku pun xtau apa masalah sebenarnya.. Ntahla..



"He that is good for making excuses is seldom good for anything else"
Benjamin franklin

Wednesday, June 3, 2009

Happy Birthday!

Wednesday, June 3, 2009
Waaahh... Sudah 24 tahun aku 3 hari lepas... Happy birthday chempaka... Hehe... Wish kat diri sendiri plak... Thanks pada sapa2 yang wish ye... Terharu aku... Thanks eck...

Akan bersambung kemudian.

Sekali lagi thanks kat sapa2 yang wish... hehhehe.... any birthday xbuat apa pun... melepak kat rumah jer.. menghabiskan panggilan percuma dari maxis tu.. aku rasa maxis leh bankrupt klu semua org guna macam aku... hahahah... mempergunakan secukup2 nya.. hheheh... anyway aku call nadrah pastu dia ajak aku kuar makan petang tu.. a.k.adia belanjer la..

alahai bos datang plak.. nanti la aku sambung... nak g makan jap... byeee.. daaa.....

Thursday, May 21, 2009

Wang, duit dan money

Thursday, May 21, 2009




Aku hanya nak membincangkan tentang 2 pepatah berkaitan dengan wang yang kita selalu dengar sejak dari dulu lagi. Berikut adalah 2 pepatah yang aku maksudkan :-


1. "Money is not everything"


2. "Money is the root of all evil"


Tapi sebelum itu kita tengok dulu definisi "Money" ya. Logman Dictionary ada menyenaraikan 3 maksud "Money", tapi aku pilih satu jer la ya.


"What you earn by working and can use to buy things. Money can be in the form of notes or coins or cheques, and can be kept in a bank"


Perlu ke aku terang dengan lebih mendalam tentang definisi di atas. Rasanya pembaca-pembaca blog ni semuanya dah cukup matang untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan "Money" kan. Jom kita fahami dan teliti tentang 2 pepatah di atas tadi.


"MONEY IS NOT EVERYTHING"

Setujukah anda dengan pepatah di atas. Ya, wang bukan segalanya dan wang tidak akan menjaminkan kebahagian seseorang. Akan tetapi kita harus ingat pada zaman sekarang, segalanya memerlukan wang. Nak pergi tandas pun kena bayar dan taktala korang pergi meninggalkan dunia ini pun memerlukan wang juga untuk membiayai kos pengembumian semua. Sekiranya kita tidak mempunyai wang kita akan hidup dalam kegelapan. Mana taknya, tiada wang korang nak bayar bil letrik.


Secara jujurnya, dulu aku tidak berapa setuju dengan pepatah di atas. Aku agak keliru kerana ia menyatakan wang bukan segala-galanya, tapi bagi aku
segala-galanya dalam dunia ni memerlukan wang. Tapi setelah meningkat dewasa baru aku paham dengan pepatah tu. Setelah aku lihat bagaimana anak-anak orang kaya ni selalunya terabai dan kekurangan kasih sayang. Mereka boleh memiliki segala-galanya dalam dunia ni tapi mereka tak dapat kasih sayang dan kebahagian seperti orang la. Mana taknya, ibubapa mereka sibuk mengejar kekayaan sehingga lupakan anak-anak mereka. Kesimpulannya, wang itu memang penting dalam hidup kita tetapi tidak menjaminkan kebahagian hakiki.


"MONEY IS THE ROOT OF ALL EVIL"


Percaya atau tidak, ramai orang yang menjadi hamba kepada wang sehingga sanggup mengenepikan agama hanya kerana wang. Kalau hendak disenaraikan perilaku manusia yang menjadi hamba kepada wang ni memang panjang berjela la. Kita boleh lihat bagaimana sebuah keluarga berpecah belah hanya kerana berebut wang dan harta kekayaan. Sedangkan mereka tahu memutuskan persaudaraan itu berdosa namanya. Bulan ini kita dikejutkan dengan berita wanita mengandung yang diragut sehingga mengakibatkan kematian kepada mereka. Manusia kini semakin hilang nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Dan dek kerana hendak mendapatkan wang dengan mudah, manusia selalu mengambil jalan pintas yang jauh terpesong dari agama dan merosakan akidah manusia. Penggunaan toyol, tangkal dan yang lain-lain lagi memang agak sinonim dengan masyarakat melayu. Ada yang sanggup memuja dan menyembah kubur dan berhala dengan harapan memperolehi kekayaan dengan mudah dan pantas. Kisah santau menyantau antara peniaga makanan juga agak popular pada satu ketika dahulu. Hanya kerana ingin menamatkan perniagaan pesain mereka, mereka sanggup menyantau dan mengancam nyawa orang yang tidak bersalah.

Kita harus ingat wang yang kita perolehi secara tidak halal itu akan kita bawa pulang ke rumah jua. Dan apabila kita makan dari penghasilan wang haram tersebut ianya akan menjadi darah daging kita. Anak kecil yang tidak bersalah terpaksa menanggung akibat perbuatan ibubapa mereka. Ini adalah kerana memakan wang haram itu tidak akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Oleh itu janganlah kita menjadi hamba kepada wang.


Satu lagi contest yang aku cuba sertai. Kali ni dari blogger yang baru memfollow dan difollow di twitter khairil. Contest tu mensyaratkan aku untuk memilih salah satu daripada tiga gambar dan buat entry pasal gambar tu. Bila aku tengok ketiga-tiga gambar tu terus aku terjatuh hati kat gambar di atas ni. Seronok plak tengok duit banyak-banyak. Hadiah dia domain dengan wang ringgit dan tarikh tutup dia 3hb Jun ni.


By the way aku kena jawab soalan kenapa aku nak menang? Aku nak menang kerana menang itu adalah sangat best dan seronok. Sangat seronok seperti lagu tema NTV7 dulu "I Feel Good". Dan sekiranya aku menang aku nak domain chempaka85.com xpun chempaka.net. Dan seperti mana tiada sebab2 yg munasabah aku memilih nickname chempaka ni, begitu jua dengan domain.

Sunday, May 10, 2009

Si Dia

Sunday, May 10, 2009

Kepada sapa yg follow twitter aku mesti dah bosan dengar aku citer pasal kucing kan... Hehehe... Ini aku nak citer lg pasal kucing... Hehehe... Jgn marah na...


Anyway gambar kat atas tu gambar anak kucing yg berusia 2 minggu. Sebenarnya dia ni 3 beradik tp sekor dah hilang sebab cicak(mak diorang) sorok sampai hilang terus. Sekor lagi mati tanpa sebab. Tau2 jer dah mati. Tinggal la dia ni kesekoran(kesorangan).

Si dia ni dgn si puteh la kucing kegemaran aku. Si dia ni kalau nangis mesti la tersangat kuat. Nyaring gila sore dia. Dah jerit2 dgn nyaring datang la si cicak dgn kelam kabut cari anak dia. Kesian cicak 1st time dpt anak terus tinggal sekor jer. Tu la sapa suruh ko sorok sangat sampai lupa letak mana. Tengok kasih sayang si cicak ni aku xtau la macam mana la ada manusia yang sanggup buang anak dia. Sedangkan binatang pun sygkan anak dia. Macam mana la kita manusia yang di kurniakan akal fikiran ni tegar tuk buang anak. Ntahla aku pun xpaham.

Anyway ni Si dia ni masih xbernama. Aku xtau nak letak nama apa. Dah blur dah sebab byk sgt kucing. Antara nama2 kucing yg dah ada ialah mama, puteh, cicak, stokin, scotex, elbino. Tinggal si dia ni dengan kembar si elbino tu sebab xleh nak bezakan yang mana satu. Korang ada idea apa nama aku nak bagi kat si dia ni. Anyway si dia ni jantan tau.


Aku xtau mcm mana la aku nak hadapi bila aku balik rumah minggu depan. Nanti xdpt jumpa dah si dia. Mesti windu dindu nanti... Sedihnya... Cepatla si dia besar... Chumelnya!


Ps - Selamat Hari Ibu buat mama dan ibu2 di dunia ni.


Pss - Aku akan kurang update lepas ni sebab mood aku terbantut dek kerana keypad hp ni yg dah agak nazak.


*Update 11.5.08

Si dia dah mati lebih kurang 8jam selepas aku terbitkan entri ni dalam kul 3 lebih aku terjaga pastu tgk si dia penuh dgn semut tp hidup la. Setelah lap2 dia n bg minum, 2 jam lepas tu dia mati. Kesian tgk dia nazak. kepala dia xleh tegak pun, mulut mcm tercungap2 pastu badan lembik gila. Cicak plak pagi2 ni dah cari anak dia. Ke hulu ke hilir dia cari si dia. Kesian ko cak, anak ko semua mati. Cepatla blik kl, xsanggup aku nak tgk dah kucing2 ni.

Thursday, April 30, 2009

Apa itu 5c?

Thursday, April 30, 2009
Apa yg 5C ni eck? Adakah straight C dalam UPSR atau moto rukun tetangga kat area rumah korang... Seperti biasa aku imbas kembali kenangan lama aku. So citer kali di inspirasikan dari pengalaman aku sekitar tahun 2001/02.


5C ni bukan la satu moto rukun tetangga area rumah korang. Mungkin ada di antara korang yang dah pernah dengar sebelum ni pasal 5C ni. Konsep 5C ni cikgu kimia aku yg bgtau dulu... Dia kata perempuan mesti cari lelaki yang ada 5C ni :-

1. Career
2. Cash
3. Condo
4. Car
5. Credit Card

Cikgu aku cakap penting cari lelaki yang ada 5C ni. Lebih kurang hidup akan terjamin la kalau ada 5C ni. Lepas tu dia cakap kalau Singapore diorang amalkan konsep 6C, sama macam 5C tapi tambah lagi satu C iaitu Country Club Membership.


Aku terpikir penting sangat ker konsep 5C ni untuk memilih calon pasangan hidup mereka. Adakah konsep 5C ni akan menjamin kebahagian pasangan tu pada masa akan datang. Jom kita fahami konsep 5C ni.


1. Career
Setiap laki memang kena ada career kalau nak berumah tangga. Sebab dari career ni la punca pendapatan si lelaki. Kalau xda career xda duit, kalau xda duit mcm mana nak tanggung anak isteri. Mula la berlaku pergaduhan antara si suami dan si isteri. Tapi tak la bermaksud si perempuan ni kena cari bakal suami yg kerjayanya sebagai CEO atau Pengarah Syarikat. Cukupla sekadar si lelaki itu mempunyai pekerjaan dan mempunyai keinginan untuk maju setapak kehadapan.


2. Cash
Kenapa cash itu penting? Cuba korang bayangkan kalau seseorang itu mempunyai fixed asset yang banyak tapi cash(current asset) seciput jer. Yela rumah dengan tanah berlambak tapi cash kat tangan dengan bank takda. Kalau emergency kan payah. Tak kan nak kena tunggu nak jual tanah dengan rumah plak kan.


3. Condo
Condo ni bermaksud rumah la. Memang agak senang kalau ada rumah sendiri. Tak payah rungsing pikir takut kena halau malam2 buta ke apa ker. Lagipun bagi aku agak rugi kalau kita sewa rumah. Lagi2 kalau kita ni menyewa jer sampai ke tua. Duit habis macam tu jer tanpa dapat apa hasil. Tapi sekarang rumah pun mahal, lagi2 kat area Kl ni. So kalau mula2 tu nak menyewa pastu beli rumah sendiri pun ok gak.


4. Car
Kereta perlu ker? Kalau nak selesa memang perlu. Xpayah bersesak2 naik public transport. Lagi2 kalau dah ada anak lagi la nak selesa. Senang nak balik kg, xpayah berebut beli tiket bas time raya.


5. Credit card
Yang ni aku xtau apa pentingnya. Melainkan korang orang kaya pastu suka shopping sakan mungkin perlu credit card sebab leceh bawak duit banyak. Anyway kalau korang jenis leh control pengunaan credit card tu boleh la guna. Tapi kalau jenis yang boros macam aku memang tak boleh la sebab dia punya kesan memang dashat la. Silap2 leh bankrupt plak gara2 credit card ni.


Ini pendapat aku, biarpun korang dapat cari calon suami yg memenuhi 5C tu tapi takda agama pun xguna gak. So yg paling penting ialah cari calon suami yg mempunyai ilmu agama yg cukup. Ini adalah kerana mereka yg mempunyai ilmu agama ni tau akan dosa pahala. Bila dah tau dosa pahala mesti tau akan erti tanggungjawab, dan bila dah tau akan erti tanggungjawab Insyallah hidup kita selesa. So tak guna kalau ada 5C tp xda agama.



So apa pendapat korang? Pentingkah konsep 5C ni dalam mencari pasangan hidup.

Friday, April 24, 2009

Kuala Kangsar, Kampungku

Friday, April 24, 2009
Wujudnya satu lg entri malas dr aku... Just nak citer apa yg berlaku kt aku sepanjang minggu ni. Kat bwh ni aku list kan apa blaku kt aku minggu ni.


1. Balik kampung
Aku blik kg hari khamis lepas. Lepak kat kg smpi la kenduri tahlil awal bulan 5 ni. Kg aku kat kuale kangsar. I luv Kuale. Hehehe...


2. Kucing
Kucing kt kg ni dh ada 12 ekor dah. Baru je 2 hari lepas beranak lg 3 ekor.. Bertambah byk la kucing kat kg ni. Chumel2 btl anak2 kucing ni.


3. Contest
Hari sabtu lepas azmanishak(dot)com dah announce sapa pemenang contest dia. Alhamdulillah aku dpt no 3. Hadiah dia pen, korang leh tgk gmbr hadiah kat blog dia. Semalam aku dah dapat hadiah tu. Chumel je pen tu. Mula2 aku igt 3 warna tp semuanya warne biru. Thanks eck man...


4. Makan
Hahaha... Saje mau gelak dulu. Sejak blik kg ni asyik makan jer. Kalau org lain xlalu makan kalau masak sendiri, tapi aku lain... Lagi aku masak lg berselera plak... Dapat pekena lak air kelapa yg fresh... Hehe.. Bertambah2 selera.. Gemuk lg la aku. Hahaha...


5. Keliru
Nak tanya korang. Pernah tak korang rindu, benci atau marah sgt2 tp korang tak tau dekat sapa yg korang berperasaan begitu. Macam mana eck? Ada idea x knp jd mcm tu.


Dah xtau nak citer apa dah... Dah kebuntuan idea... Ok la nanti aku update lg ye...


"Setiap dugaan dan cabaran yg kita hadapi di muka bumi ini adalah kerana Allah S.W.T tahu kita mampu harungi dan hadapinya jika nak dibandingkan dengan orang lain"

Sunday, April 19, 2009

Korang nak apa

Sunday, April 19, 2009
Entry ni tercetus sbb td cite pasal kucing2 kt kg ni kat twitter td... So kali ni aku nak bercerita tentang binatang peliharaan plak... Hehehe...


Kalau nak tanya apa pets apa yg korang bela dah mcm biasa jer kan... Dah byk org buat aku rasa... So aku nak citer n tanya pets yg korang teringin nak bela sangat2 tp xboleh n xmampu nak bela. Setiap org mesti ada punya la kan... Mesti teringin tp xboleh sbb binatang tu dah pupus ker, xpun binatang yg terkawal dan byk lagi sebab2 dia la...


Aku dari dulu lagi teringin sangat nak bela anak harimau... Chumel sgt aku rasa... Tp nak bela betul2 takut plak... Mana taknya mau dia makan aku bila dah besar... Lagipun rasanya mmg xbleh bela pun rasanya sbb rimau ni tergolong dalam kategori haiwan pupus kan... Ntahla aku pun xpasti sgt... Lagipun mesti kos dia mahal sgt... Daging sekilo dah berapa... Mahal makanan dia dari makanan aku plak...


Lagi satu aku teringin nak bela dolphin tp aku xnk la bela kat dalam kolam... Aku nak bela kat laut... Kiranya dia leh bebas berenang tp still igt kat aku lg... Lagipun jimat duit makanan dolphin tu sbb dia leh cari makanan sendiri... Bila2 aku teringin nak jumpa dia je aku leh pg laut... Pastu dia leh buat pusing2 mcm kat dlm tv tu (hehe... Dah mcm cite Free Willy plak) Mesti best kalau dpt bela dolphin.


Entry ni entry ringkas jer... Xlarat plak nk type panjang2... Saje jer nak berkongsi cerita... Kalau korang, binatang apa yg ko teringin sgt nak bela tp boleh nak bela.

Monday, April 13, 2009

Aku dan filem

Monday, April 13, 2009
Aku nk mulakan cerita hari ni pasal UMNO la. Ya pasal UMNO dan diriku... Hahaha poyo plak... Anyway, secara tetibanya petang tadi ayah aku kuarkan ayat pertanyaan yang sangat pelik bin ajaib... Lebih kurang macam ni la bunyi dia.

"Akak nk masuk UMNO tak? Boleh masuk bawah Puteri UMNO"

Aku agak kaget dengar pertanyaan ayah aku tu. Apahal plak tiba2 suh aku masuk UMNO... Wujudkah lobster di sebalik mee bandung? Hmm... Aku sendiri pun tak tahu... Tapi aku dah pun bagitau ayah aku yg aku xnak join... Pastu ayah aku tanya plak kenapa aku xnak join... Terdiam seribu bahasa aku dibuatnya... Malas plak aku nak argue kenapa aku xnak. Aku biarkan sahaja persoalan itu menjadi tanda tanya ayah aku.


Ok la kita tutup citer pasal UMNO. Kang citer lebih2 bahaya plak... Huhuhu... Apa2 pun semalam aku lepak kat umah kawan aku... Pastu tumpang menumpang dia punya pc tuk online... Buka la blog aku sendiri... Almaklum la dah lama x tengok rupa blog sendiri kat pc... Huhuhu... Gila messy aku rasa blog ni... Sori la kalau korang rasa pening2 belalang kalau masuk blog aku ni. Xleh nak buat apa sebab aku online pakai hp jer. Terbatas la aktiviti dia. Tunggu la bila ada lappie sendiri baru aku renovate blik blog ni... Huhuhu...


Sejak 2,3 hari ni... Rumah aku asyik pasang cd ngan dvd jer... Habis tv xlayan sgt... Semua citer lama2 kita org pasang blik... Pastu argue cite mana yg dah tgk dgn cite mana yg blm tengok... Kalau bab movies ni kita org satu family terpengaruh dgn mak aku... Hahaha... Sebab tu citarasa movies aku dgn kawan2 aku mmg lain gila... Mostly kawan2 aku layan citer korea, citer cintan cintun... Kalau dulu lagi la, citer hindustan... Tapi aku suka cite berkisar tentang penyiasatan, yang melibatkan polis(FBI dgn CIA) dan lawyer. Hero2 kesukaan diorang plak Brad Pitt, Tom cruise dan sapa2 lg yg aku dh x ingat. Aku plak suka bruce willis, harison ford, sean connery, denzel washington dan byk lagi la kalau nk sebut. Citarasa muzik dgn movies aku mmg lain dgn org2 yg sebaya dgn aku. Tapi kadang2 aku layan gak citer2 yg kawan2 aku suka... Ada yg ok gak.


Hujan plak skang ni... Teringin plak nak makan steamboat... Hari tu masa jalan kat sunway mentari nampak satu kedai steamboat... Nampak sedap giler jer... Orang pun ramai kat kdai tu. Tp xhalal la plak... Tu yang susah... Kdai steamboat byk tp xhalal... Nk makan kena pg Summit plak.


Owh yer, contest yg azman buat tu dah ada org lain join gak... Aku rasa yg paling lawak gila babeng tu yg en. Hydir punya... Kelakar gila aku rasa... Nak dekat tarikh tutup dah contest tu... Sape yg blum join sila la join eck... Boleh aku gelak lg bc entry korang... Hehehe...




"Well timed silence is the most commanding expression"

Saturday, April 4, 2009

Azmanishak.com

Saturday, April 4, 2009
CALON PILIHANRAYA DUN BUKIT BLOGGER B36


Nama : Muhamad Azman Ishak
Nama Samaran : Kreuger
Umur : Rahsia
Jantina : Rahsia
Alamat : Azmanishak.com
Status : Single but not available (Dah bertunang)
Pekerjaan : Blogger tegar


Sifat-sifat baik :

1. Pemurah (Tidak lokek membuat tutorial untuk pembaca blog beliau)
2. Mempunyai idea yang bernas (Selalu memberi komen yang panjang lebar di blog orang lain)
3. Peramah (Setiap komen di blog beliau akan pasti dibalas)
4. Berpegang pada prinsip hidup beliau.
5. Kreatif dan inovatif


Sifat-sifat buruk :

1. Panas baran (Ada entry beliau yang diklasifikasi sebagai 18GG(Ganas&Garang))
2. Pencemar udara (Beliau suka merokok sehingga mencemarkan udara)
3. Emotional (Beliau agak beremosi apabila hormon beliau tidak stabil)



TESTIMONIAL DARI PENGUNDI HANTU


1. Chempaka :
Saya kenal En. Azman ni melalui akusorang.blogspot.com. Masa tue owner blog tu, akusape buat entry pasal dia jumpa dgn En. Azman dan En. Azman ni ada menawarkan servis mencipta dan mereka logo dan banner secara percuma di blog lama beliau. Saya ni pantang dengar benda percuma, so saya pun request banner dan logo dari En. Azman. Tapi apakan daya, En. Azman ni sungguh la sibuk sehingga kini dan saya masih belum dapat banner tersebut. Undilah En. Azman kalau nak barang free.


2. Dato' R (Ahli Perniagaan lembu di Kg. Pisang) :

Azman yg sy kenal merupakan seorang yang agak hot temper. Kalau dia tak suka pasti dia akan sound direct punya. Azman ni kalau marah memang 'mantoopp'. Kalau diteruskan perangai marahnya dia tu sampai ke tua rasanya boleh kena tekanan darah tinggi nanti. Man kalau kome menang jgn lupa masalah subsidi lembu kt Kg teman.


3. Makcik Kiah (Penjual air kelapa di tepi rumah Azman Ishak) :

Makcik cukup suka baca blog budak Man tu. Ye la, bila jer makcik baca, mesti makcik teringat balik kat zaman makcik dating dgn arwah pakcik kamu dulu kat Chow Kit. Mana taknye, budak Man tu ha, Jiwang Karat.... Makcik rasa karat pun tak jiwang mcm tu. Kalaula budak Man tu tgh rindukan tunang dia, bertambah parah la... Alahai man, sabo le... Kamu kan nak bernikah dah tahun ni... Undilah budak Man ni ha... Boleh la makcik baca blog dia lagi, dapatla makcik lepas rindu kat arwah pakcik. T_T




Entry ni aku buat sempena contest yg azman @ kreuger buat... Kalau korang nak join leh pg blog dia, azmanishak.com

Man sori la aku buat simple je... Almaklum la aku type kt hp jer... So terbatas sikit.
 
This is Me...!!!! © 2008. Design by Pocket